- Views: 40
- Report Article
- Articles
- Business & Careers
- Business Ideas
Kebaikan SBS Sistem Perakaunan & Perisian Akaun Dalam Urusan Perniagaan
Posted: Aug 16, 2016
Sistem Perakaunan Perniagaan SBS (Simplified Business System) khas untuk industri kecil dan sederhana (IKS) telah menerima sambutan yang memberangsangkan sejak ia dipasarkan. Hal ini demikian kerana perisian akaun yang menerapkan teknologi terkini ini menawarkan beberapa kelebihan yang menarik. Antara kelebihan perisian akaun SBS adalah seperti berikut:
1. Pencatatan perakaunan perniagaan menjadi sistematik
SBS merupakan sistem perakuanan yang menyeluruh di mana segala akitiviti jualan, pembelian, ataupun sebarang pembelanjaan perniagan dapat dicatatkan and didokumenkan dengan jelas. Dokumen-dokumen lain seperti invois dan pesanan belian juga dapat dijana dengan tepat tanpa kesilapan. Dengan sistem yang efisyen ini, segala isu berkaitan dengan perakaunan dapat diselesaikan dan segala kerumitan perakaunan dapat dielakkan. Dalam pada itu, Program "Business Intelligence" dalam SBS juga memanfaatkan peniaga dengan mencatatkan segala maklumat perniagaan dengan teratur. Program ini secara tidak langsung menjimatkan masa peniaga untuk menyoal akauntan dari semasa ke semasa. Selain itu, program "Customer Relationship Management" mendokumenkan maklumat pelanggan dengat cepat dan tepat. Kemudahan ini mengizinkan peniaga untuk mengetahui dan menyemak maklumat-maklumat pelanggannya dalam tempoh yang singkat.
2. Dokumen dapat diakses dengan mudah
SBS membolehkan segala laporan kewangan diuruskan secara automatik. Kaedah tradisional yang melibatkan pencatatan data secara manual amat mengambil masa dan membazirkan tenaga buruh. Kerja tersebut kini diganti oleh teknologi yang dapat menjamin pangkalan data yang lengkap dan meningkatkan keberkesanan sistem perakaunan. Keadaan demikian mengelakkan sebarang kehilangan dokumen kerana segala data disimpan dalam sistem secara automatik. Tambahan lagi, SBS merupakan perisian akaun yang mudah dikendali kerana tiada pengetahuan perakaunan diperlukan untuk mengoperasi modul-modul dalam sistem ini. Sesi latihan juga akan diaturkan supaya peniaga dilengkapi dengan pengetahuan asasi mengenai SBS. Di samping itu, segala data dalam sistem itu dapat diakses dari mana-mana lokasi dengan mudah. Perisian akaun ini memudahkan peniaga di mana pengurusan perakaunan dapat dilaksanakan walaupun peniaga tiada berada dalam pejabat.
3. Sistem perakaunan yang patuh GST dijamin
Ramai peniaga runsing atas kerumitan menguruskan perakaunan perniagaan sempena pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) di Malaysia baru-baru ini. SBS meringankan beban peniaga dengan perisian GST yang diluluskan oleh Kastam Diraja Malaysia. Segala modul SBS mematuhi syarat dan piawaian perakaunan di Malaysia tanpa mengabaikan kemudahan peniaga dalam mengoperasikan sistem ini. Oleh itu, peniaga boleh menggunakan perisian GST ini tanpa sebarang risau.
PR Malaysia is writing & posting wide range of articles related to business industry, online shopping industries & many more.